Sunday 22 September 2013

Mamak Recipes @ Tesco Extra Seberang Jaya

Alhamdulillah. Bermula operasi pada 20hb September 2013. Anak syarikat Al-Araby Groups yang ke8.
Dibuka setiap hari bermula dari jam 0800 pagi sehingga 1030 malam.


Thursday 19 September 2013

Mamak Recipes... Persiapan Akhir

Alhamdulillah, Al-Araby Group of Companies akan melahirkan satu lagi cabang perniagaannya yang ke-9 dengan pembukaan Restoren terbaru "Mamak Recipes". Berkonsepkan Nasi Kandar dan Kopitiam.

Persiapan akhir sebelum mula beroperasi...


Singgah Bertamu...

Singgah bertamu di Al-Araby Mathaam Al Ustaz Dr. Ahmad Jailani Abdul Ghani selepas menyampaikan kuliah yang penuh fakta berkenaan "Malhamah Kubra".

Saturday 15 June 2013

Salam Ulangtahun Puteriku Aesya Sophia

Salam Hari Lahir Puteriku Aesya Sophia

Ya Allah…,
Didiklah anakku menjadi insan yang Engkau redhai
Engkaulah pelindung iman dan taqwanya
Moga dia ceria di dunia dan di akhirat......
Tiadalah daya upayaku

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim
Biarlah wajah anakku sentiasa tenang seperti mereka sedang tidur,
Pada hari mereka mengadapMu nanti,
Biarlah wajahnya Sebersih sesuci masa kecilnya…
Tidak seperti wajah-wajah mereka yang engkau ancam dengan nerakaMu
Seperti yang diceritakan dalam KitabMu,
Berilah padanya kitab amal ditangan kanan

Ku mohon padaMu ya Allah ya Rahman,
Pilihlah anakku menjadi insan yang mewarisi Syurga Firdaus Mu,
Peliharalah aqidahnya di dunia yang penuh fitnah ini….
Pandanglah wajahnya dengan belas kasihanMu…
Moga dia sentiasa dalam redaMu…

Ya Allah Ya Ghafur, Ya Arhama Rohimiin,
La ilaha illa anta, Subhanaka inni kuntu minazholimin.
La ilaha illallah, Muhammad Rasulullah.
Aamiin

Ikhlas,
Papa
Meraikan bersama Kumpulan Hijjaz
Jamuan

Sunday 9 June 2013

Resepsi Dr. Nurhuda Araby & Leftenan Rasyid Shafiee

1st June 2013 bersamaan 22 Rejab 1434H
Dar Al Araby, Bandar Seberang Jaya
Ahli Qaryah sudah bersedia untuk berkhidmat

Canopy Tiba


Belum siap @ 3am
Persembahan Nasyid dari Anak2 Yatim Darul Tahzib

Puteriku Aesya Sophia Araby sebagai Pengiring Pengantin

Alessandra Az-Zahra Araby, Puteri Pari-Pari

Pasangan Pengantin yang diraikan

Kehadiran YB Adun Seberang Jaya, Dr Afif

Sahabatku...

Turut Hadir, Tuan Guru Al Fadhil Ustaz Haji Subri Arshad

Araby Famili. Ketiadaan Sani Araby atas urusan Ummah di GAZA

Monday 27 May 2013

Melaka

Majlis Resepsi "Leftenan Rasyid Shafie & Dr. NurHuda Araby Al Kahery" berlangsung meriah walaupun dalam suasana sederhana.





Sebelum tiba di Melaka, Hahaha... Sempat lagi shopping di Nilai 3

Sebelah malamnya, tak sah kalau tak makan Asam Pedas...


Tuesday 21 May 2013

Berbaloikah Hubungan Jarak Jauh ???

Rasa untuk bernikah adalah fitrah yang ALLAH datangkan dalam diri setiap hambaNYA. Manusia merindukan kasih sayang hidup berpasangan. Kita menginginkan kemesraan dan kebahagiaan melingkari kehidupan bila mana kita memilih untuk bernikah.

Namun situasi hari ini, suami dan isteri kadang-kadang menghadapi dilema perpisahan - perhubungan jarak jauh - kerana tuntutan kerjaya. Berjumpa sebulan sekali atau dua kali. Atau jarang sekali.

Si isteri bekerja di negeri atau negara lain dengan gaji yang selesa. Si suami juga berada di tempat kerja lain, yang mungkin juga di kampung halaman sendiri yang menjadi keselesaan dan keutamaan.

Lalu apakah nilai pernikahan jika dihambat perpisahan dan kejauhan?

Suami mengharapkan belaian cinta kasih isteri, yang dulunya haram.. kini setelah halal bermesra-mesra , namun berjauhan pula?

Isteri berharap suami menjadi teman cinta yang melindungi dan menjaga dirinya dalam pelbagai perkara, namun suami jauh terpisah oleh sempadan negeri dan negara?

Rezeki dan Ekonomi

Pandangan peribadi saya, isteri lah yang wajar mengikut jejak suami, walau di bumi mana sekalipun suami bertugas. Apatah lagi, jika ia adalah permintaan suami, maka isteri wajib berusaha untuk taat dan melepaskan kerjayanya. (Namun ada kerjaya tertentu seperti tentera, kelasi dll yang pastinya tidak memungkinkan isteri mengikut suami).

Kewajipan untuk taat dan mengikut suami bukanlah syariat ALLAH yang zalim. Maha Suci Allah dari semua itu. ALLAH sebaik-baik penyusun kehidupan, maka kita bersangka baik bahawa semua sistem dan peraturan yang ALLAH letakkan antara suami dan isteri adalah untuk memelihara kehidupan bekeluarga.

Kalau berhenti kerja, atau bertukar kerja.. akan memberi kesan kepada gaji dan pendapatan?

Usah bimbang, yakinlah ALLAH adalah pemberi rezeki yang sempurna. ALLAH menyusun setepat-tepatnya rezeki buat kita semua – suami, isteri, anak-anak, ibu bapa hatta setiap manusia itu ALLAH telah tetapkan rezekinya.

Kita hanya perlu berusaha pada kadar yang kita mampu.

Jika suami meminta isteri berhenti kerja, suami juga menyatakan kemampuan menanggung isteri sepenuhnya, subhanallah..inilah yang terbaik. Terbaik kerana terungkap dalam firman ALLAH, bahawa lelaki itu yang seharusnya menyara kehidupan seorang isteri.

Maka dengan keringat suami bekerja, akan cukup makan minum dan pakai seorang isteri. Punya tempat berteduh. Punya kenderaan yang boleh membawa suami dan isteri ke mana-mana.

Namun harus diingat, gaji suami tak akan pernah cukup untuk isteri yang 'high maintenance'.. banyak keinginan material dan punya nafsu shopping atau berbelanja yang tinggi..

Selain itu, benar sekali kata-kata yang biasa didengar "anak itu rezeki..".

Ya, ALLAH jua telah tetapkan ada rezeki untuk anak-anak itu, kita hanya berusaha mencarinya dengan cara yang terbaik, bukan dengan cara yang boleh mengancam hubungan suami isteri.

Mak ayah kita orang susah...?

Bantulah ibu dan ayah mengikut kemampuan kita..dan sebenarnya, adakah ibu dan ayah hanya perlu pada duit dan sumbangan material kita?

Tak. Maka jangan disempitkan erti memberi dan berbakti pada ibu dan ayah.

Sesungguhnya ibu bapa memerlukan anak yang soleh itu lebih dari segala-galanya.

Anak yang soleh, mendoakan keselamatan dan kebahagiaan ibu ayah di dunia dan akhirat. Apatah lagi jika ibu dan ayah semakin tua, anak-anak terlebih lagi perlu mengingatkan ibu dan ayah kepada dunia yang akan habis dan ditinggalkan.

Berharganya pemberian anak-anak bukan pada nilai ringgit malaysia dua ratus atau dua ribu sebulan, tapi pada keikhlasan dan istiqamah dalam menghulurkan. Ini yang menjadi nilaian ALLAH.

Anak yang soleh adalah anak yang bertaqwa. Bukankah ALLAh telah berjanji, akan sentiasa ada rezeki buat hamba-hambaNya yang bertaqwa?

Dan bertaqwa itu datangnya dari ilmu. Maka suami dan isteri usahakan mencari ilmu agama dan dunia dengan seimbang. Dalam sibuk mencari rezeki, usahakan ke kelas agama- belajar Al Quran dan Hadis, belajarlah ilmu-ilmu ALLAh yang memandu kita kepada kebahagiaan sebenar.

Supaya kemudian, bila ilmu dan taqwa menjadi bekal diri... hati merasa lapang, lagi merasa cukup dengan pendapatan bulanan. Mampu menjadi suami dan isteri yang bahagia bersyukur dengan rezeki ALLAH.

Dan yang penting juga, perlu memiliki pengurusan kewangan yang baik. Selain belanja kita suami isteri, hutang-hutang, bil-bil, sewa rumah dan kereta, jangan lupa masukkan dalam bajet bulan – sumbangan atau sedekah kita pada ibu ayah, adik beradik dan ahli keluarga terdekat. Boleh juga disediakan bajet untuk sedekah pada insan-insan yang memerlukan.

"If you want to feel rich, just count all of the things you have that money cannot buy "

Setelah mengatur kewangan dengan baik, setelah berusaha dan berdoa pada ALLAH agar dilapangkan rezeki...apakah masih tidak cukup gaji bulanan..?

Ayuh muhasabah harta benda yang dimiliki..Mungkin ada di sana sini yang kita berbelanja mengikut nafsu..

Berapa almari pakaian kita? Berapa banyak handbag kita? Berapa pasang kasut yang kita miliki? Jam tangan, handphone, alat make-up, perhiasan diri dan rumah... semua ini dibolehkan namun bersederhanalah.

Duduk jauh vs duduk sekali

Setelah duduk satu rumah, hari-hari bertemu muka... awal-awalnya kalian merasakan kebahagiaan hidup berdua. Saling memanjai, saling berkasih sayang, segala aktiviti terasa 'sweet' dan indah.

Dalam masa yang sama, berhati-hatilah dengan tipudaya syaitan. Syaitan telah bersumpah di hadapan ALLAH untuk memecahbelahkan kasih sayang dan persaudaraan. Rasul SAW juga mengungkap dalam hadisnya bahawa syaitan sentiasa bersama kita dalam setiap keadaan , dan mudah mempengaruhi bila kita lupakan ALLAH.

Dan syaitan yang paling hebat mendapat pengiktirafan di kalangan 'geng' mereka adalah, syaitan yang berjaya memisah-misahkan suami isteri..

"Dulu masa bercinta ok je? Dulu masa duduk jauh ok je? Kenapa sekarang macam banyak je yang tak kena.. Asyik nak bergaduh..."

Saat berjauhan, hati sering merindu. Ada rasa teruja dan bersemangat menanti pertemuan saban minggu atau saban bulan. Hati dan diri berusaha memberi yang terbaik pada pasangan.

Namun bila duduk satu rumah, semakin banyak perkara yang dihadapi bersama, pastinya suasana menjadi lain. Apatah lagi perasaan cinta selepas bernikah, sukar untuk terus segar seiring dengan masa.

Percayalah..semua pasangan akan berkonflik untuk fasa membangunkan keserasian dan kefahaman.

Jadi harus positif, bersedia untuk belajar dan berubah. Kebahagiaan dalam pernikahan tidak subur dengan sendirinya, perlu konsisten berbuat baik, perlu bermujahadah untuk berakhlak baik, perlu ikhlas... mencintai dan melayani suami dan isteri kerana benar-benar inginkan redha tuhan.

Jika tidak ikhlas mencintai manusia kerana ALLAH , hati terasa sakit mencintai manusia. Tanpa ALLAH di hati, hati tak mampu memaafkan.

Ujian bakal menerpa silih berganti. Ujian kewangan, ujian mertua dan ipar duai, ujian hubungan seksual, ujian kerjaya, ujian komunikasi dan lain-lain lagi bentuk ujian kecil dan besar...

Malah betapa banyaknya pasangan yang rasa 'sesak dada' menghadapi pelbagai-bagai perbezaan yang seakan menghapuskan cinta yang pernah mekar di dalam dada. Perbezaan psikologi lelaki dan perempuan, cara bertindak, dan cara berperasaan..jika tidak berusaha difahami, isteri semakin bosan dengan gelagat suami, suami semakin bosan juga dengan kerenah isteri..

Juga cara berpenampilan, cara makan dan minum, cara tidur, cara mengemas, cara menjaga kebersihan, cara bersosial, cara mendidik anak, cara bershopping... salah satunya atau kebanyakkan perkara ini jika tak ditangani dengan baik menjadikan hati-hati kita kecewa dengan pernikahan.

Malah jika semua bentuk-bentuk ujian ini tidak dihadapi dengan emosi dan pemikiran yang matang, bersedialah anda untuk bercerai selepas dua tiga tahun usia pernikahan..

Perkongsian ini bukan untuk menakutkan, tapi dari pengalaman isteri-isteri /jua suami-suami yang berkongsi permasalahan.

Ayuh belajar berkomunikasi dengan baik dalam hubungan pernikahan yang dijalin ALLAH ini. Ungkapkan terima kasih dan penghargaan atas perkara kecil dan besar yang dilakukan pasangan. Nyatakan ketidakpuasan hati jua teguran dengan hikmah dan bijak. Saling menasihati dengan kesabaran dan kasih sayang..

Oleh itu, andai diri bersedia untuk duduk dekat dan serumah dengan suami, bersedialah mental dan fizikal untuk melaksanakan kewajipan sebagai isteri, sebaiknya dan seikhlasnya.

Bagi yang bujang, ada yang sering merasa 'kecederaan hati' melihat kebahagiaan pasangan yang gambar bahagia terpapar di mana-mana blog atau forum maya, namun realitinya.. Di sebalik gambar-gambar dan wajah-wajah bahagia itu, ada pasangan suami isteri itu yang lebih 'tercedera' lagi hati mereka dengan sikap pasangan dan situasi rumahtangga yang diuji.

Isteri Sebagai Pencorak Rumahtangga

Dalam sebuah buku yang saya baca, jatuh bangun sesebuah rumahtangga banyak ditentukan oleh peranan isteri dan ibu. Kejayaan dan kegagalan seorang suami juga ada pengaruh besar dari isteri. Maka atas sebab itulah, saya memberi pandangan bahawa yang terbaik adalah isteri menjadi isteri dan ibu sepenuh masa. Tanpa perlu bekerja pada mana-mana majikan lain.

Cukuplah ALLAH dan suami menjadi majikan. Isteri dan ibu fokus pada membina keluarga yang menjadi tempat berteduh yang nyaman dan harmoni buat suami dan anak-anak. [Dalam masa yang sama, ada pertimbangan-pertimbangan lain yang kita bersetuju bilamana isteri terpaksa bekerja.]

Suami akan tenang bekerja, dan kuat menghadapi tanggungjawab lain di luar rumah dengan adanya isteri di rumah yang juga tenang dan kuat. Tenang lagi menenangkan. Isteri yang berilmu dan beriman. Isteri yang hatinya luas dengan kasih sayang, sabar dan bijak menghadapi suami yang stress dengan kerjaya dan ujian lain. Isteri yang cekap menguruskan kerja-kerja rumahtangga dan berhemah menguruskan belanjawan rumahtangga.

Namun bila bekerja, isteri seakan telah habis emosinya di tempat kerja, dengan bebanan kerja yang meragut senyuman dan ketenangan hati seorang isteri dan ibu. Pulang ke rumah, suami dan anak-anak tidak punya wajah teduh seorang isteri dan ibu, kerana ibu juga pulang bekerja dengan rasa kepenatan mengejar dateline dan seribu satu tugasan di tempat kerja.

Pada wanita yang terpaksa bekerja, moga ALLAH membantu meringankan beban kalian menghadapi tanggungjawab mencari rezeki..moga ada jalan keluar untuk masalah ekonomi yang tak kunjung sudah..

"Bosannya duduk rumah..."

Bosan akan kadang-kadang menimpa, bukan sekadar pada isteri yang duduk di rumah, mereka yang di tempat kerja juga kadang-kadang merasa bosan dan malas dengan rutin kerja seharian..

Ya, harus saya akui kadang-kadang hadir rasa bosan tinggal di rumah bersama anak dan melakukan kerja-kerja rumah, namun itu adalah perasaan yang sangat manusiawi. Maka saya mencari aktiviti-aktiviti pelbagai yang boleh dilakukan di dalam dan luar rumah, selagi dalam batas syariat ALLAH, agar kita dapat menjaga semangat dan keikhlasan dalam berkhidmat untuk keluarga..

Malah dengan adanya dunia tanpa sempadaan di alam maya, maka pelbagai bisnes dan aktiviti yang boleh mendatangkan keuntungan di lakukan secara online. Belajarlah ilmu ini dari yang telah berjaya melakukan.

Jangan sekadar menghabiskan jam-jam yang bayak depan internet, hanya sembang kosong, bergosip ..namun jadikan kemudahan internet sebagai ruang untuk menambah pendapatan, menambah ilmu agama dan dunia, untuk mempertingkat kualiti diri sebagai manusia melalui laman-laman web yang membina.

Penghilang bosan yang utama adalah mengingatkan diri kita hakikat kehidupan. Kita dalam perjalanan pulang bertemu tuhan..kalau bosan, tidak boleh berlama-lama. Kalau sedih, usah larut panjang berjela. Kalau marah, tahanlah semampunya, maafkanlah semua..Mintalah maaf dari orang yang kita lukai, mohonlah ampun pada ALLAH..

Kuatkan hati, bangun semula..

Bila telah memilih berhenti kerja kerana mengikut suami, jangan menyesali keputusan yang dibuat.

Berbaloikah pengorbanan kita meninggalkan kerjaya yang stabil, hanya untuk melalui ujian rumahtangga yang sebegini..?

Berbaloi insyaALLAH.. Kalian memilih berhenti kerja, kerana cinta dan niat murni memberi yang terbaik untuk suami dan keluarga, maka ALLAh akan menjaga kalian. ALLAH adalah sebaik-baik pemelihara diri kita, dan pemelihara cinta kita.

Yakinlah. Berusahalah menjadi hamba yang soleh. Berimanlah pada ketentuan tuhan.

Moga pilihan kita hari ini akan memberi makna dan nilai yang besar pada saatnya waktu bertemu tuhan.

Thursday 9 May 2013

For Her

For Her...
I'm So Sorry Sayang... I was Wrong & Blind.

When she stares at your mouth
Kiss her

When she pushes you or hits you like a dummy cause she
thinks shes stronger than you
Grab her and don't let go

When she starts cursing at you trying to act all tough
Kiss her and tell her you love her

When she's quiet
Ask her whats wrong

When she ignores you
Give her your attention

When she pulls away
Pull her back

When you see her at her worst
Tell her she's beautiful

When you see her start crying
Just hold her and don't say a word

When you see her walking
Sneak up and hug her waist from behind

When she's scared
Protect her

When she steals your favorite hoodie
Let her keep it and sleep with it for a night

When she teases you
Tease her back and make her laugh

When she doesn't answer for a long time
reassure her that everything is okay

When she looks at you with doubt
Back yourself up

When she says that she loves you
she really does more than you can understand

When she grabs at your hands
Hold her's and play with her fingers

When she bumps into you;
bump into her back and make her laugh

When she tells you a secret
keep it safe and untold

When she looks at you in your eyes
dont look away until she does

When she says it's over
she still wants you to be hers

When she reposts this bulletin
she wants you to read it

- Stay on the phone with her even if she's not saying anything
- When she's mad hug her tight and don't let go
- When she says she's ok don't believe it, talk with her because 10 yrs later she'll remember you
- Call her at 12:00am on her birthday to tell her you love her
- Treat her like she's all that matters to you
- Stay up all night with her when she's sick
- Watch her favorite movie with her or her favorite show even if you think it's stupid
- Give her the world.
- Let her wear your clothes - Hehehe.. You did't Sayang
- When she's bored and sad, hang out with her
- Let her know she's important.
- Don't talk about other girls around her
- Kiss her in the pouring rain
- When she runs up to you crying, the first thing you say is: "Whose ass am i kicking baby?"

Tuesday 7 May 2013

Auta vs Fakta

MENOLAK AUTA DENGAN FAKTA…

Kecoh sekarang ni ahli parlimen Malaysia ramai yang Bukan Melayu. Aduhai.. adakah kita mengalami kerosakan minda yg parah.. DAP bertanding di kawasan Cina menghampiri majority dan lawannya adalah MCA, MIC dan Gerakan.

Jika DAP kalah sekalipun Melayu tak akan bertambah dalam Parlimen sebab DAP lawan MCA, MIC dan GERAKAN. Malah Kemenangan Pakatan Rakyat ini menyebabkan Melayu bertambah dalam Parlimen dan DUN, saya bagi contoh:-

Kerusi Parlimen :-

1. Rafizi (PKR) menang vs Gary Lim (BN) - PANDAN
2. Dr Siti Mariah (PAS) Menang vs S. Murugesan (BN) - KOTA RAJA
3. Tan Sri Khalid (PKR) Menang vs Tan Kok Eng (BN) - BDR TUN RAZAK
4. Imran Hamid (PKR) menang vs Kong Cho Ha (BN) - LUMUT
5. Dato Arif (DAP) menang vs Hoh Khai Mun (BN) - RAUB
6. Kamarul Bahrin (PKR) menang vs V.S Mogan (BN) TLK KEMAMANG
7. Khairil K. Johari menang vs Teh Leong Meng (BN) BKT BENDERA

Kesimpulannya :

Menang Pakatan Rakyat bermakna 7 Ahli Parlimen Melayu bertambah dalam Parlimen. Jika Pakatan Rakyat Kalah, kita akan kehilangan 7 ahli parlimen Melayu

Kerusi DUN:-
1. Azman Nasarudin (PKR) menang vs S. Ananthan (BN) – LUNAS, Kedah
2. Dato Anuar Abdullah (PAS) menang vs Tan Ken Ten (BN) – KOTA LAMA, Kelantan
3. Azan Ismail (PKR) menang vs Dato Toh Chin (BN) – BANDAR, Terengganu
4. Tengku Zulpuri (DAP) menang vs Dato Chuah Boon (BN) – MENTAKAB, Pahang
5. Mohd Rashid (PKR) menang vs Wong Mun (BN) - PANTAI JERJAK, Penang
6. Dr Idris (PKR) menang vs K. Parthiban (BN) – IJOK, Selangor
7. Amunul Huda (PAS) menang vs Teo Yew (BN)- PARIT YANI, Johor
8. Abdullah Husin (PAS) menang vs M. Sorianarayan (BN) – PUTERI WANGSA, Johor

Orang bertanya kepada saya bagaimana pula seorang Melayu, Ghani Othman boleh kalah dengan Lim Kit Siang. Saya katakan Ghani Othman cari penyakit. Dia bertanding di kawasan (Cina 52%) (Melayu 34%) selebihnya India. Parlimen ini dulunya adalah milik MCA.

Kalau UMNO masih bangkitkan isu Melayu dan bukan Melayu ni. Saya nak tanya bagaimana pula Kawasan majoriti Melayu, bukan Melayu BN boleh menang. Melayu UMNO undi siapa? saya senaraikan

1. PARLIMEN Smpg Renggam (M- 56%) Suhaizan (PAS) kalah vs Liang Teck Meng (BN)
2. PARLIMEN Tjng Piai (M- 52 %) Dr Mahzir (DAP) Kalah vs Wee Jack (BN)
3.PARLIMEN Batu Sapi (Islam 51%) Hamzah (PAS ) Kalah vs Tsen Tsau (BN)
4. DUN Gurun (M- 57%) Salma Ismail (PKR) Kalah vs. Dr Leong (BN)
5. DUN Cheka (M- 69%) Cikgu Abas (PKR) kalah vs Dato Fong (BN)
6. DUN Gambir (M- 56%) Dato Mahfoz Mohd (PAS) kalah vs M. Aso (BN)
7. DUN Chenderiang (M-36%, C-30%) Amani Abdullah (PKR) kalah vs Dr Mah Hang(BN)
8. DUN Pemanis (M- 56%) Cikgu Normala (PAS) Kalah vs Lau Chin (BN)
9. DUN Kahang (M-74%) Hamdan (PKR) kalah vs R. Vidyanathan (BN)
10. DUN Pulai Sebatang (M-63%) Ungku Mohd Nor kalah vs Dato Tee Seiw (BN)
11. DUN Tg Aru (Islam – 52%) Hamid Ismail (PAS) kalah vs Yong Oui (BN)
12. DUN Bingkor (Islam 38%) Ahmad Shah (PKR) kalah vs Kennedy John (BN)
13. DUN Merotai (Islam-53%) Ahmad Dullah (PAS) kalah vs. Pang Yuk Ming (BN)

Masih percaya dakyah UMNO. UMNO menipu kita selama ni dengan memainkan sentiment perkauman. Sebenarnya yg merosakkan Melayu dan menggadaikan masa depan melayu adalah pemimpin UMNO.

Hentikan main isu perkauman jika anda tak tahu fakta sebenar.

Monday 6 May 2013

Sunday 28 April 2013

Ibuku Berbicara...

Bila Ibuku Berbicara...

Hidup memang pilihan...
Jika dengan pilihan ibu, engkau merasa sepi dan merana
Maka maafkanlah nak...
Maafkan ibu...
Maafkan ibu...
Percayalah nak, ibu sedang menyempurnakan puzzle kehidupan kita,
Agar tidak ada satu kepingpun bahagian puzzle kehidupan kita yang hilang,
Percayalah nak...

Sepi dan ranamu adalah sebagian duka ibu
Percayalah nak...
Engkau adalah selalu menjadi belahan nyawa ibu..


Wednesday 17 April 2013

N10 - Dun Seberang Jaya

PRU13 semakin panas apabila calon pilihan rakyat tidak dipilih peringkat tertinggi parti menyebabkan banyak kawasan dan bahagian memberontak dari dalam. Bendera dan sepanduk diturunkan, bilik gerakan ditutup sebagai tanda protes. Ada yang telah mengumumkan keluar parti, dan ada yang bertanding atas tiket BEBAS. Maka senario PRU12 kembali berdarah. Perlawanan 3 penjuru mengakibatkan pecah undi.


N10 - Dun Seberang Jaya.
Ulasan aku di dalam Utusan Malaysia, Jelas. Rakyat setempat mahukan YB Datuk Arif Shah terus menerajui Seberang Jaya. Keprihatinan dan kerja keras beliau amat menyenangi masyarakat setempat. Namun, PRU13 menyaksikan beliau digugurkan daripada senarai calon yang bertanding. Bukan di N10 sahaja, malah kedengaran di seluruh Malaysia, calon tidak diterima masyarakat.




Friday 29 March 2013

Jangan DiHina TGNA


Taktik kotor mereka semakin melampau. Pembohongan yang berterusan. Betapa BUTAnya mata dan hati mereka.

1. Itu adalah milik Kerajaan Negeri Kelantan yang digunakan secara rasmi untuk urusan sebagai Menteri Besar.

2. Rakyat Kelantan MISKIN? BOHONG dan FITNAH... Boleh jadi gambar tersebut dari Negeri Perak, Pahang, Sabah atau Sarawak.

Rakyat Malaysia kini tidak lagi boleh ditipu dan dibohongi. Menampakkan kebodohan mereka berpolitik. Menjatuhkan lawan dengan cara yang tidak professional.

Buat anda semua yang akan mengundi pada PRU13 kelak, selidik dan buatlah analisis sebelum memberikan kepada mereka. Dunia kini dihujung jari anda. Segala maklumat sedia tersedia dalam jaringan maya.

Ini Kalilah... 2013

Tahniah

Majlis jamuan kesyukuran meraikan krew Al-Araby Mathaam yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM dan STPM.

Thursday 21 March 2013

My Su Zu Ki


My new horse...
Baru lepas servis dan tukar spare part. This project just begin. Will replaced new chrome  to be real vintage motorcycle.

Abah aku dulu ada sebiji macam nie. Hantar dan jemput aku kat sekolah. Now my turn untuk mengembalikan nostalgia itu. Aesya pun suka bila naik motor nie. Bunyi macam motorboat...

Tuesday 19 March 2013

13kg Gone

Musim sakit demam selsema dan batuk datang lagi. Cuaca yang panas, berjerebu dan kering mengakibatkan virus-virus cepat merebak. Sejak pulang dari West Cost, aku diserang virus ini... Akibat sudah tidak tertahan lagi, aku pun melangkah dan terpaksa mengeluarkan duit yang Tok Najib bagi untuk membeli ubat. Hahahahahaha!!!


Oppps!!! Kena tambah Vitamin-C la pulak. Doc kata sebab badan aku lemah. Ha?

Akhir-akhir nie ramai sangat yang menegur, antaranya; Azadan Rabbani.

"La...!!! Awat kurus ni? Annas sakit ker?"

Aku jawab... "Yeke? Mungkin sebab Rabbani semua dah gemuk-gemuk kot" Hahahaha...!!!

Hmmmm... Kurus pun susah, gemuk pun susah. Entah apa yang cocok bagi pandangan manusia pun aku tak tau. Tapi memang benar, aku semakin kurus. Dari 68kg, sekarang dah jadi 55kg. What? Lost 13kg? Pehhhh...!!! Tak perlu makan ubat diet yang ratusan ringgit. Maybe dR Rozmey boleh guna formula aku. Apadia? Jeng...Jeng...Jeng...

Kurus ker gemuk ker... life must go on. Jom makan ubat, and sambung kerja yang makin bertambah bertimbun dalam opis cute aku. Prepare for upcoming school holidays and also Malaysia General Election. Harap-harap virus-virus ini akan terbang selepas keputusan election nanti. 

Ini Kali Lah...!!!

Friday 15 March 2013

Insan Sempurna...

Dirimu terlalu sempurna
Akhlakmu yang sungguh mulia
Jasamu yang amat berharga
Menerangi jalan ke Syurga

Selalu aku yang terlupa
Selawat jarang terlaksana
Di bibir mengatakan cinta
Di hati pula berdusta

Bila diuji dan dipujuk nafsu
Ku meminjam cekal ketabahanmu
Kerana ku yakin di suatu waktu
Syafaatmu yang dapat membantuku

Tika berenang di laut derita
Sang mentari sejengkal di kepala
Saat dihitung dosa dan pahala
Siapakah yang akan membela

Kesyukuran atas kurniaan Rahmat-Nya
Menghadiahkanku seorang
Insan sempurna berjasa
Selayaknya engkau dikasihi dicinta
Kerana dirimu ya Rasul
Kekasih teristimewa

Wednesday 13 March 2013

Berfikir dengan Bijak

Bersangka Baik kepada Allah.

" Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu, padahal ia baik bagi kamu. Boleh jadi juga kamu suka kepada sesuatu, padahal ia buruk bagi kamu. Dan Ingatlah, Allah jualah yang Maha Mengetahui semua itu, sedang kamu tidak mengetahuinya."

- Al Baqarah 2:216

Sunday 10 March 2013

Rebuild Gaza for a Nation

Sekitar Majlis Sidang Media "Prelude Rebuild Gaza for a Nation" di Al-Araby Restaurant, Tesco Extra Seberang Jaya.

Membariskan tokoh-tokoh Aktivitis MAPIM, Tuan Haji Cikgu Azmi (Presiden MAPIM-OIC Malaysia, Saudara Sani Araby Al-Kahery (Pengarah Korporat dan Strategik MAPIM-OIC Malaysia, yang berjuang membantu membina semula GAZA bumi barokah.

Majlis juga menerima kehadiran tetamu tokoh perniagaan Malaysia, Dermawan Ybhg Datuk dR Rozmey yang telah menginfak RM20juta untuk pembangunan GAZA.









Al-Araby Group of Companies akan menaja RM15,000.00 sebagai tajaan sewaan Stadium Melawati Shah Alam sebagai acara kemuncak program tersebut yang akan di meriahkan oleh Datuk Siti Nurhaliza, Rabbani, Al-Maulid, Nash, Mawi, Herman Tino dan ramai lagi.












Friday 6 April 2012

Biar Susah Namun Diredhai


Dalam menempuh jalan hidup di dunia ini, kesusahan dan kepayahan itu ialah satu kemestian yang perlu dihadapi. Biarlah dugaan datang bertimpa-timpa, biarlah ujian datang itu turun dalam keadaan yang tidak disangka-sangka, juga biarlah cabaran itu sentiasa datang, kerana itulah tanda Allah sayangkan hamba-Nya. Allah SWT berfirman yang bermaksud;

" Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya" Surah Al Baqarah 2:286

Percaya dan yakinlah bahawa pasti akan datang kesengangan bagi setiap kesukaran yang ditempuhi sebagaimana Allah mengulangi sebanyak 2 kali dalam Surah al-Inshirah ayat ke-5 dan ke-6 yang bermaksud;

" Sesungguhnya setiap kesukaran disertai kemudahan"

Pastikan juga, ketika membuat sesuatu keputusan, lahirkan rasa rendah diri kerana kekurangan diri sendiri atas dugaan yang Allah timpakan. Perasaan tawaduk ini mendorong setiap jiwa yang menyesal atas kesilapannya sentiasa berdoa dan memohon taubat daripada Allah SWT.

Thursday 2 February 2012

Setanggi Kasih...

Salam Ulangtahun Kelahiran buat Abah
Haji Abdul Alim Araby Bin Haji Mohd Salih Al Kahery

Dalam usiamu kini
Sudah terlalu banyak cerita yang telah menjadi catatan sejarah perjalanan kehidupan
Perjalanan Kehidupan sebagai seorang
Muslim yang Taat akan Perintah Allah
Anak Yang Soleh 
Suami Yang Mithali
Menantu Yang Soleh
Pekerja Yang Amanah
Pemimpin Yang Dihormati
Seluruh Jiwa, Tenaga dan entah apalagi yang tidak dapat diungkapan dengan kata-kata telah engkau korbankan demi untuk melihat anak-anakmu berjaya bahagia di dunia dan jauh dari dosa selamat dari api neraka....

Ingin dibicarakan...
Ingin diceritakan...
Ingin diimbas kembali detik nostalgia kita bersama...
Bagai kisah yang tiada berpenghujung ceritanya...
Gelak Ketawa... Senyum
Menangis Air Mata.. Sebak didada
Kecewa dijiwa... Kau Tadah Doa Mohon PadaNya
Tunduk Membisu... Kau Sujud agar Ampunkan Dosa Anak-anakmu...

Setiap Langkahmu... Dengan Nama Allah
Setiap Perbuatanmu... Dengan Zikrullah

Sabarlah Wahai Abah
Telah kau curahkan Kasih Sayang buat Anak-anakmu
Telah kau didik kami agar Taatkan Allah dan Rasul
Telah kau korbankan harta dunia untuk kami
Agar kami menjadi Hartamu di Akhirat nanti


Thursday 19 January 2012

Anugerah Ilahi

Alhamdulillah, setelah hampir 4 tahun penantian, akhirnya Allah makbulkan rintihan dan impian adik lelakiku dan isterinya menimang cahaya mata... 16 Januari 2012 adalah tarikh yang amat bermakna buat mereka. Terukir senyuman apabila seorang bayi perempuan anugerah Allah lahir... Sebagai tanda kesyukuran, setiap pelanggan yang singgah bertamu di Al-Araby Mathaam mendapat diskaun 10% untuk semua hidangan makanan dan minuman. Beliau juga turut mebotakkan kepala sebagai tanda kegembiraan dan kesyukuran.

Semoga Allah sentiasa merahmati mereka dan keluarga Al-Araby dari fitnah dan hasad manusia... Amin

Wednesday 18 January 2012

Setapak Melangkah

Hari bermula lah cerita dan kisah blog aku. Bukan suka2 atau mengikut trend masakini, cuma rasa terpanggil untuk menjadikan blog sebagai risalah luahan hati, kisah dan cerita perjalanan hidup, situasi dan apa saja yang rasa ingin direkodkan sebagai bacaan dan tatapan suatu masa nanti...



Published with Blogger-droid v2.0.3